Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Terima kasih kepada pengundi, petugas PRU14 - Najib

Ucapan serupa turut ditujukan Presiden Barisan Nasional, Datuk Seri Najib razak kepada mereka yang bertugas menjaga keselamatan.

 

"Terima kasih kepada semua pengundi yang turun menunaikan tanggungjawab, petugas pilihan raya yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab dan penguat kuasa keselamatan yang memastikan proses (pengundian) berlangsung dalam keadaan aman," kata Najib menerusi laman Twitter rasmi beliau.

Proses pengundian PRU14 bermula 8 pagi tadi di 8,253 pusat mengundi seluruh negara.

PRU14 melibatkan jumlah keseluruhan 14.9 juta pemilih berdaftar dalam menentukan kerajaan yang akan menerajui negara bagi tempoh lima tahun akan datang, dengan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi taruhan.

Pada hari penamaan calon, Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding kerusi DUN Rantau di Negeri Sembilan menerusi Datuk Seri Mohamad Hasan. - Bernama

Last modified onKhamis, 10 Mei 2018 08:23

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.