Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Nenek usia 105 tahun turun mengundi kali ke-14

Tumiran dibawa oleh anaknya, Sumintan Halimi dengan menggunakan kerusi roda selepas membuang undi di SK Pengkalan Raja, Pekan Nanas, Pontian pagi tadi. Tumiran dibawa oleh anaknya, Sumintan Halimi dengan menggunakan kerusi roda selepas membuang undi di SK Pengkalan Raja, Pekan Nanas, Pontian pagi tadi.

Seorang warga usia emas berusia 105 tahun telah melalui sebanyak 14 kali pilihan raya umum termasuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada tahun ini.

 

Tumirah Samakon yang lahir pada tahun 1913 dari Kampung Seri Bukit Panjang, Pontian telah mula mengundi pada pilihan raya umum pertama pada tahun 1959 ketika berusia 21 tahun.

Beliau yang ditemui selepas mengundi di SK Pengkalan Raja, Pekan Nanas masih cergas dan lancar berkata-kata dan bersyukur kerana diberikan peluang untuk mengundi pada tahun 2018 ini.

“Nenek mempunyai 12 orang anak, 40 cucu dan 80 cicit dan berharap mereka tidak lupa kepada jasa-jasa yang telah diberikan oleh pemimpin dahulu,” katanya yang diringi anaknya, Sumintan Halimi.

Tambah Tumirah, suaminya, Halimi Ali telah meninggal dunia pada usia 110 tahun.

Tumirah juga merupakan ibu kepada penulis terkenal di Johor, Mohd. Khairy Halimi serta Tokoh Penggerak Budaya Daerah Pontian.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.