Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Petugas SPR ditemui meninggal dunia di bilik air PDM

Rozaliza didapati tidak sedarkan diri di tandas Pusat Daerah Mengundi (PDM) Balai Raya, Kampung Cina Sempalit, Raub kira-kira pukul 2.15 petang tadi. Rozaliza didapati tidak sedarkan diri di tandas Pusat Daerah Mengundi (PDM) Balai Raya, Kampung Cina Sempalit, Raub kira-kira pukul 2.15 petang tadi.

Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri di tandas Pusat Daerah Mengundi (PDM) Balai Raya, Kampung Cina Sempalit di Raub hari ini.

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu, mangsa, Rozaliza Mohd. Said, 49, disahkan meninggal dunia oleh petugas dari hospital Raub yang tiba di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa dari Lorong Sempam Baru, Jalan Cheroh di sini dipercayai terjatuh ketika hendak menggunakan tandas ketika ditemani anaknya, Wardah Mohd Said, 23.

"Siasatan awal mendapati mangsa ada mengadu sakit perut (cirit-birit) sebelum anaknya yang juga petugas SPR di PDM itu menemaninya ke tandas.

"Bagaimanapun, anak mangsa mengesahkan bahawa ibunya tidak mengalami sebarang penyakit. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Kosmo Online.

 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.