Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Budak 4 tahun maut jatuh tingkat 7

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh di sebuah apartmen di Jalan Pantai, Batu 4, di Port Dickson, Khamis lalu.

 

Sumber berkata, kejadian berlaku pada kejadian jam 2 petang itu ketika kanak-kanak berkenaan tinggal bersama bapanya berumur 30-an, manakala ibunya pula keluar bekerja.

Katanya, bapa mangsa yang juga seorang anggota tentera turun ke kedai runcit di tingkat bawah untuk membeli barang dan meninggalkan anaknya bersendirian di rumah.

"Sebelum itu, bapanya mengunci pintu rumah dan turun ke kedai runcit. Kanak-kanak terbabit dipercayai bermain di dapur sebelum ke beranda rumah berkenaan.

"Mangsa dipercayai memanjat tiang beranda menyebabkannya terjatuh. Bapa mangsa yang berada di kedai runcit terkejut apabila dimaklumkan jiran anaknya terjatuh," katanya.

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD), untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BH Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.