Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Keluarga mahu Dr. Fadi dikebumikan di negara asal

Ahli keluarga Dr Fadi di Palestin tidak dapat menahan sedih selepas mendapat berita kematian penyasarah UniKL itu, semalam. Foto Reuters Ahli keluarga Dr Fadi di Palestin tidak dapat menahan sedih selepas mendapat berita kematian penyasarah UniKL itu, semalam. Foto Reuters

Keluarga pensyarah warga Palestin, Dr. Fadi Mohammed Al Batsh merayu agar jenazah mangsa dapat dibawa pulang untuk dikebumikan ke negara asalnya.

 

Pengurus Besar Organisasi Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Antarabangsa (IESCO), Dr. Mahmoud Shakfa berkata, pihaknya telah berhubung dengan keluarga Dr. Fadi di Palestin bagi membincangkan proses pengebumian.

“Kedua-dua ibu bapanya berharap jenazah dapat dibawa pulang kerana sudah lebih tujuh tahun tidak berjumpa Dr.Fadi sejak beliau menetap di sini.

“Bagaimanapun, kita sedang menunggu abang Dr. Fadi yang dijangka tiba dari Jerman pukul 3 petang ini bagi memutuskan di mana beliau akan dikebumikan,” katanya kepada pemberita di Institut Pusat Forensik Negara (IPFN) di Hospital Selayang hari ini.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Dr. Mohd. Zin Kandar berharap kerajaan akan membantu memudahkan proses dokumentasi.

“Kita berharap atas dasar kemanusiaan, pihak kerajaan akan berusaha untuk membawa pulang ke negara asalnya.

“Selain itu, kita harap kerajaan Mesir juga dapat memudahkan proses tanpa desakan mana-mana pihak,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi semalam, Dr. Fadi, 35, ditemukan mati ditembak 10 kali oleh dua suspek yang menaiki motosikal berkuasa tinggi di hadapan Kondominium Idaman Puteri, Jalan Meranti.

Mangsa merupakan pensyarah sebuah universiti swasta di sini maut selepas mengalami kecederaan di bahagian badan dan kepala ketika dalam perjalanan ke Surau Medan Idaman bagi menunaikan solat subuh.- Utusan Online

Last modified onAhad, 22 April 2018 12:21

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.