Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Video isteri berzina dengan lelaki lain tersebar

Gofur (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat ke atas isterinya, semalam. Gofur (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat ke atas isterinya, semalam.

Seorang lelaki di Jember, Indonesia membuat laporan polis terhadap isterinya yang curang selepas video aksi seksnya bersama lelaki lain tersebar, lapor Detiknews.

 

"Yang pasti, saya sebagai suaminya berasa terkejut dengan perbuatan isteri saya yang berzina.

"Ramai mendesak saya untuk buat laporan ini kerana rakaman video mereka sudah tersebar secara meluas," kata Gofur, 33 tahun, semalam.

Sementara itu, peguamnya, Muhammad Zainudin berkata, Gofur berada di Surabaya ketika dimaklumkan keluarganya tentang video tersebut.

"Ketika dia pulang ke Jamber untuk mendapatkan penjelasan isterinya, wanita itu sudah meninggalkan kediaman mereka," ujarnya.

Jelasnya lagi, rakaman video tersebut telah tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dan Share It.

Difahamkan, identiti lelaki dalam video tersebut masih belum dikenal pasti.

Dalam satu kenyataan lain, polis di Jember, Erick Pradana mengesahkan mereka sudah menerima aduan itu dan telah melancarkan siasatan untuk mengenal pasti lelaki dalam video itu selain individu bertanggungjawab menyebarkannya. - Astro Awani

Last modified onAhad, 22 April 2018 10:38

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.