Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Kematian bayi 48 hari cetus misteri

Kakitangan HRPZ II memangku jenazah Mohd. Arshad dengan diiringi ibunya Nana selepas dibedah siasat di HRPZ II di Kota Bharu semalam. Kakitangan HRPZ II memangku jenazah Mohd. Arshad dengan diiringi ibunya Nana selepas dibedah siasat di HRPZ II di Kota Bharu semalam.

Kematian seorang bayi lelaki berusia 48 hari mencetuskan misteri apabila bayi berkenaan yang pada mulanya disangka mati akibat disengat lipan kemudiannya dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

 

Kejadian pelik tersebut membabitkan bayi Mohd. Arshad Haikal Zamri anak bongsu daripada lima beradik yang tinggal di sebuah rumah di Kampung Belukar Kedai Piah, Ketereh di Kota Bharu semalam.

Bapa kepada bayi malang itu bekerja sendiri manakala ibunya seorang suri rumah.

Mengikut cerita ibu bayi berkenaan iaitu Nana Rozi Hartini Jali, 32, sebelum dikejutkan dengan kematian anaknya itu, Mohd. Arshad sebelum tidur pada pukul 11 malam kelmarin kelihatan ceria dan tidak ada sebarang masalah.

“Pada pukul 1 pagi, saya ba­ngun menyusukan Mohd. Arshad yang ketika itu masih ber­nyawa dan bergerak sebelum saya dan suami tidur semula seperti biasa berkongsi katil di dalam bilik,” ceritanya.

Bagaimanapun, pada pukul 5 pagi ketika Nana bangun untuk menyusukan bayinya, dia terkejut kerana anaknya itu tidak bergerak walaupun digerak-gerakkan. - Kosmo Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.