Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Kren angkut gegelung di tapak LRT3 tumbang

Sebuah kren yang sedang mengangkut gegelung di tapak projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah di Klang tumbang kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.

 

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan individu yang mengemudi kren berkenaan juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian itu juga mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang tiga kilometer hampir satu jam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki mengatakan sebuah kren yang dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun tumbang.

"Bagaimanapun pemandu kren itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Akibat daripada kemalangan ini, hanya satu lorong boleh di lalui dari arah Shah Alam menghala ke Banting dan anggota trafik bertugas berada di lokasi mengawal keadaan lalu lintas," katanya dalam satu kenyataan.

Shamsul Amar berkata, kerja-kerja pengalihan kren yang tumbang itu dijalankan oleh pihak kontraktor LRT3. - Kosmo Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.