Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Pusat banteras jenayah rentasi sempadan

Beliau berkata kewujudan pangkalan tersebut penting dalam mendepani penjenayah yang semakin canggih dengan aset masing-masing termasuk teknologi terkini yang boleh digunakan bagi mengganggu-gugat ketenteraman dan keamanan negara. Beliau berkata kewujudan pangkalan tersebut penting dalam mendepani penjenayah yang semakin canggih dengan aset masing-masing termasuk teknologi terkini yang boleh digunakan bagi mengganggu-gugat ketenteraman dan keamanan negara.

"Pangkalan Semenanjung Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Subang, dekat sini, akan dijadikan sebagai pusat pembanteras aktiviti jenayah di sempadan negara yang lebih efektif," kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kewujudan pangkalan tersebut penting dalam mendepani penjenayah yang semakin canggih dengan aset masing-masing termasuk teknologi terkini yang boleh digunakan bagi mengganggu-gugat ketenteraman dan keamanan negara.

“Jika kita tidak berada di hadapan (penjenayah), pasti indeks jenayah akan naik. Kerana itu unit udara penting dan sebahagian daripada kepolisan moden.

“Ini (pangkalan) juga elemen penting selain latihan, aset sedia seperti dron dan kamera litar tertutup. Harus diingat, pembolosan turut berlaku di kawasan pantai maritim negara yang harus diselaraskan dengan tindakan dan komitmen PDRM,” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri ketika berucap merasmikan pangkalan tersebut hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan timbalannya Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Ahmad Zahid berkata, apa yang dilakukan kerajaan seperti pembukaan pangkalan gerakan udara berkenaan dan Pangkalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan adalah usaha berterusan kerajaan dalam menambah baik aset dan infrastruktur agensi-agensi keselamatan negara dalam usaha mengekang dan membanteras jenayah.

Beliau berkata ia juga menjawab persoalan, tohmahan dan persepsi negatif ditimbulkan sesetengah pihak terhadap kerajaan termasuk penyebaran berita palsu yang sentiasa diulang-ulang setiap hari.

“Dengan peristiwa hari ini dan pembukaan Pangkalan Udara Sendayan tempoh hari, semua tuduhan itu harus ditolak rakyat dan semua pihak.

“Kita perlu meraikan kejayaan ini. Lihatlah di sekeliling. Seeing is believing,” katanya yang tidak mengulas lanjut mengenai tohmahan tersebut.

Sebelum ini heboh di media sosial bahawa Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi terpaksa ditutup kerana kerajaan telah menjual tanah tersebut kepada pelabur China.

Bagaimanapun, tuduhan itu tersasar dengan pembukaan Pangkalan Udara Sendayan di Negeri Sembilan yang beroperasi mulai Januari lepas serta perasmian Pangkalan Pasukan Gerakan Udara PDRM di Subang hari ini, membuktikan langkah perpindahan dan penempatan semula pangkalan udara negara adalah sebahagian daripada usaha transformasi untuk manfaat warga pasukan keselamatan dan negara.

Dalam pada itu, mengulas mengenai aset yang ada di pangkalan udara berkenaan, Ahmad Zahid mengakui hampir 30 peratus adalah aset baharu dan selebihnya adalah aset lama yang memerlukan penambahbaikan, pembaharuan dan penggantian jika mempunyai bajet dan peruntukan yang mencukupi.

Pangkalan yang moden dan canggih itu meliputi tapak seluas lebih 16hektar menempatkan 17 bangunan baru serta kemudahan hangar besar yang mampu memuatkan kapal terbang sebesar dan berkeupayaan tinggi di masa depan.

Projek Kementerian Dalam Negeri untuk membina pangkalan ini telah dimulakan lima tahun lepas dan merupakan satu daripada program relokasi fasiliti keselamatan negara dari Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi.

Pangkalan ini telah diserahkan kepada PDRM pada 28 Februari lalu. - Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.