Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Tiada ketetapan cukai pengiklanan Facebook, Google -LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak mengeluarkan sebarang ketetapan khusus berhubung layanan cukai ke atas pengiklanan digital.

 

LHDN dalam satu kenyataan memaklumkan, sebagaimana isu percukaian lain, isu bayaran pengiklanan digital akan ditentukan berdasarkan fakta sesuatu kes dan Akta Cukai Pendapatan 1967.

"Pada masa sama setiap kes akan dinilai berdasarkan fakta kes tersendiri dalam menentukan sama ada sesuatu transaksi itu merupakan bayaran royalti atau bayaran perkhidmatan selain tertakluk pada cukai pegangan atau lain-lain kategori pendapatan," jelas kenyataan itu.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star, Datuk Seri Wong Chun Wai mencadangkan kerajaan mengenaikan cukai iklan terhadap pentadbir enjin carian Google dan laman sosial popular Facebook.

Cadangan tersebut mendapat respons daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan memaklumkan bahawa perkara itu akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.