Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Stephen Hawking meninggal dunia

Saintis Britain yang terkenal, Stephen Hawking telah meninggal dunia pada usia 76 tahun di kediamannya di Cambridge pagi tadi.

 

Berita kematian Hawking itu, dimaklumkan kepada pihak media Britain oleh keluarganya.

"Kami berasa amat sedih sebab bapa tercinta telah meninggal dunia hari ini.

"Dia seorang saintis yang hebat dan lelaki luar biasa dimana segala kerja serta legasinya akan dikenang selama-lamanya," kata ketiga-tiga anak kepada Hawking iaitu Lucy, Robert dan Tim kepada  hari ini.

Mereka turut memuji 'keberanian dan ketekunan' Hawking dan menyatakan kecemerlangan serta humor dia memberi inspirasi kepada ramai orang di seluruh dunia.

Sebelum ini, pakar-pakar telah meramalkan dia akan meninggal dunia lebih awal kerana menghidap penyakit motor saraf.

Hawking disahkan menghidap penyakit itu semasa dia berumur 21 tahun. Ketika itu, dia diberikan masa hanya lima tahun untuk hidup.

Walaupun, dia menghabiskan banyak masa duduk di atas kerusi roda dan tidak mampu bercakap dengan sempurna, teori fiziknya mengenai rahsia dunia telah menjadikannya seorang yang popular.

Hawking bercakap dengan bantuan sebuah komputer. Pada tahun 1974, semasa berumur 32 tahun, Hawking menjadi salah seorang felo termuda dalam Persatuan Diraja.

Lima tahun kemudian, dia menjadi Profesor Lucasian Matematik di Universiti Cambridge yang pernah dipegang oleh Issac Newton.

Bukunya yang terkenal ialah A Brief History of Time. - Agensi

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.