Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Konstabel cedera tertembak sendiri stabil

Konstabel polis yang cedera parah akibat tertembak diri sendiri ketika mahu memulakan tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, Seri Iskandar tengah hari semalam kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

 

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, anggota berusia 24 tahun itu kini sudah boleh menggerakkan kedua-dua tangan.

"Keadaan beliau kini bertambah baik dan sudah mampu menggerakkan kedua-dua tangan.

"Bagaimanapun, beliau masih dipantau rapi oleh doktor di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya ringkas ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Bainun di Ipoh sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 12 tengah hari itu, mangsa yang berasal dari Melaka itu cedera parah di bahagian dada selepas dipercayai tertekan picu ketika mahu meletakkan tali senjata ke badan.

Siasatan awal mendapati submesingan HK MP5 itu tidak berada dalam keadaan kunci selamat ketika mangsa mahu memulakan tugas di pondok pengawal.

Tambah Mohamad Zainal, pihak keluarga mahu memindahkan mangsa ke Hospital Kuala Lumpur bagi memudahkan ahli keluarga melawatnya. - Kosmo Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.