Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Mayat wanita Indonesia dijumpai dalam almari

Mayat seorang wanita warga Indonesia ditemui di dalam sebuah almari pakaian di bilik tidur rumah sewa teman lelakinya di Green Garden, Paya Terubong di Georgetown malam Selasa.

 

Mangsa, Santi Restauli Simbolon, 25, yang merupakan pekerja kilang di Bayan Lepas ditemui rakan serumah suspek warga Nepal selepas terhidu bau busuk dari bilik tidur lelaki terbabit kira-kira pukul 10 malam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, rakan senegara suspek itu kemudiannya bertindak memecahkan pintu bilik dan almari pakaian yang berkunci dari luar sebelum menemui mangsa yang berada dalam keadaan sudah kaku.

"Soal siasat yang dijalankan ke atas rakan suspek mengatakan kali terakhir melihat rakan mereka (suspek) pada 9 Mac lalu dan mangsa kerap datang ke bilik berkenaan.

"Kita telah menahan dua rakan suspek terbabit bagi membantu siasatan lanjut dan motif kejadian disyaki suspek cemburu dengan mangsa," katanya dalam satu kenyataan. - Kosmo Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.