Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Parlimen bubar selepas usul persempadanan semula dilulus di Dewan Rakyat

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dilaksanakan selepas usul persempadan semula kawasan pilihan raya diluluskan di Dewan Rakyat dan mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

 

Beliau menjelaskan, pada ketika ini Dewan Rakyat akan bersidang mulai 5 Mac sehingga 5 April sebelum disambung persidangan Dewan Negara yang berlangsung mulai 16 April hingga 30 April.

“Selepas pembentangan usul persempadanan semula pilihan raya memperoleh perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong untuk digazetkan dan dalam tempoh itulah akan ada pembubaran Parlimen diikuti Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diumumkan oleh Speaker DUN.

“Itu saya boleh beritahu kerana ini maklumat rasmi yang diketahui tetapi tarikh pembubaran saya tidak tahu dan tarikh mengundi pun saya tidak tahu kerana kalau saya tahu pun tidak munasabah untuk saya beritahu tetapi setakat ini kami belum tahu,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Tengahari bersama Ketua-ketua Pengarang dan Pemilik Permit Penerbitan di Putrajaya pada Selasa. - Kosmo Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.