Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Berita Palsu: Kerajaan bertemu wakil Google, FB, Youtube, Twitter

Kerajaan mengadakan satu pertemuan dengan wakil penyedia platform media sosial seperti Asia Internet Coalition, Google, Facebook, Youtube dan Twitter di Parlimen, semalam bagi mendapatkan lebih banyak input sebelum draf undang-undang berita palsu dimuktamadkan.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pertemuan itu diadakan sebagai salah satu langkah untuk mendapat lebih banyak pandangan daripada pemain-pemain utama bidang media baharu dalam usaha kerajaan untuk memperkenalkan rang undang-undang mengenai berita palsu.

“Sesi perbincangan tersebut mendapat reaksi positif daripada para penyedia platform media sosial.

“Pertemuan ini penting bagi memastikan rang undang-undang yang sedang digubal ini komprehensif merangkumi setiap aspek serta menjadi bukti yang kerajaan bersikap inklusif dalam membuat sesuatu dasar atau undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. - Utusan Online

Last modified onSelasa, 13 Mac 2018 13:24

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.