Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Saya minat MU sebab ‘stail’ pemainnya - Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa beliau meminati gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United adalah disebabkan ‘stail’ para pemainnya.

 

Najib menyatakan demikian ketika ditanya oleh Fizo Omar yang bertindak sebagai pengacara pada majlis Sembang Bajet 2018 di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di Ulu Pauh di Arau pada Selasa yang membuatkan lebih 3,000 pelajar di situ bersorak gembira mendengar jawapan itu.

Kata Najib, anaknya merupakan seorang peminat Liverpool manakala beliau adalah penyokong setia Mancheter United.

“Bagi saya kalau hendak tengok Liverpool macam kita tengok ‘History Chanel’. Kalau tanya saya kenapa minat Manchester United, sebabnya saya tertarik dengan gaya permainan dan para pemainnya,” kata Najib sambil tersenyum dan disambut dengan sorakan oleh para pelajar yang memenuhi segenap ruang dewan universiti tersebut.

Pada majlis tersebut, Najib turut meluangkan masa menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan para pelajar seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), peluang pekerjaan dan banyak lagi.

Dalam ucapannya terdahulu, Perdana Menteri turut menekankan pelbagai perkara khususnya mengenai sistem pendidikan negara, ekonomi dan bagaimana usaha kerajaan dalam membela nasib generasi muda. - Utusan Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.