Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Lanjutan tempoh gangguan bekalan air

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja pembaikan telah siap dilaksanakan lebih awal dari masa yang ditetapkan iaitu pada jam 5.00 petang ini,dan insiden itu berlaku semasa persediaan untuk mengaktifkan semula pengoperasian loji. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja pembaikan telah siap dilaksanakan lebih awal dari masa yang ditetapkan iaitu pada jam 5.00 petang ini,dan insiden itu berlaku semasa persediaan untuk mengaktifkan semula pengoperasian loji.

Gangguan bekalan air membabitkan beberapa daerah di Lembah Klang akan berlarutan lebih lama daripada tempoh yang dijangka berikutan Sistem Mampatan Udara (Surge Vessel System) di Loji Rawatan Air SSP3 pecah, hari ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja pembaikan telah siap dilaksanakan lebih awal dari masa yang ditetapkan iaitu pada jam 5.00 petang ini,dan insiden itu berlaku semasa persediaan untuk mengaktifkan semula pengoperasian loji.

"Ketika kejadian pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) bersama pegawai-pegawai Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd serta Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) berada di tapak.

"Kejadian ini menyebabkan kecederaan serius kepada kakitangan yang bertugas di tapak dan pihak Splash telah memaklumkan kepada pihak (Span) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh).

"Susulan daripada insiden tidak dijangka ini, masa pemulihan bekalan akan tersasar dari jadual asal seperti yang dimaklumkan pada notis hebahan media sebelum ini," menurut kenyataan itu.

Syabas akan memaklumkan status pemulihan yang baru dan akan bekerjasama dengan pihak Splash bagi membantu kerja-kerja pembaikan.

"Bantuan bekalan melalui lori-lori tangki air akan terus digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dan Pusat Khidmat Setempat kami akan beroperasi 24 jam sehari sehingga bekalan pulih."

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.