Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Bro Sajat, kalau nak saman, segerakan. I’m ready Jat - Pesan Sir Azri kepada Sajat

Blogger Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris mengalu-alukan jika usahawan Nur Sajat ingin mengambil tindakan saman terhadapnya.

 

Perkara itu disuarakan melalui rakaman yang dimuat naik ke rangkaian YouTubenya pada Khamis, Papagomo memberi reaksi mengenai kenyataan Sajat ingin mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

"Hey, Jat. Aku kalau bab-bab saman ni, aku dah lali, aku dah tepu, tau. Dan sebenarnya aku sendiri pun mengalu-alukan untuk Sajat jalankan tindakan saman ini, kerana apabila naik ke mahkamah, ia merupakan satu perkara yang paling sedap. Karana kita akan dapat tahu identiti Sajat yang sebenar.

"Dan paling penting, kita nak tarik mak bapak dia duduk dalam kandang, untuk mengesahkan semasa lahir adakah Sajat mempunyai kemaluan wanita ataupun ‘belalai’", katanya yang dikenali sebagai Sir Azri.

Dalam video yang sama, Muhammad Azri juga menafikan bahawa dia yang menimbulkan provokasi, tetapi kenyataan Sajat kepada umum mengenai dirinya seorang perempuan disifatkan oleh beliau sebagai satu penipuan dan usahawan itu perlu memohon maaf di atas kenyataan mengaibkan yang pernah dibuat olehnya.

"Bro Sajat, kalau nak saman, segerakan. I’m ready Jat", katanya.

Isu jantina Nur Sajat yang sentiasa menjadi perhatian kembali diperkatakan, selepas Muhammad Azri memuat naik klip video yang memaparkan dia membuat panggilan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung Sajat.

Dalam rakaman itu, Muhammad Azri meminta Jakim mengambil tindakan kepada Nur Sajat yang didakwanya membawa pengaruh buruk kepada masyarakat.

Namun, Nur Sajat membalas kenyataan itu dengan mendakwa Muhammad Azri bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dia tidak melayan mesejnya, selain ingin mempromosikan pusat gim miliknya.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.