Dikemaskini 7:48 AM, 24 Apr, 2018
A+ A A-

Tun M: 'Dulu dikritik, kini disanjung' - Pemuda MIC selar pembangkang

Dalam masa yang sama, Ketua Pemuda MIC itu turut mempertikaikan tindakan pembangkang yang sebelum ini memandang Dr Mahathir hanya dengan sebelah mata malah turut melabel veteran politik itu dengan bermacam gelaran. Dalam masa yang sama, Ketua Pemuda MIC itu turut mempertikaikan tindakan pembangkang yang sebelum ini memandang Dr Mahathir hanya dengan sebelah mata malah turut melabel veteran politik itu dengan bermacam gelaran.

Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivarraajh Chandran menyelar Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar yang berkata parti mereka tidak layak untuk bercakap mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Sivarraajh, setiap orang mempunya hak untuk menilai sumbangan dan polisi yang lalu di bawah pimpinan bekas perdana menteri itu sama ada ianya memberikan impak yang baik mahupun sebaliknya.

Dalam masa yang sama, Ketua Pemuda MIC itu turut mempertikaikan tindakan pembangkang yang sebelum ini memandang Dr Mahathir hanya dengan sebelah mata malah turut melabel veteran politik itu dengan bermacam gelaran.

"Teruk lagi pembangkang yang menuduh Tun Dr Mahathir dengan pelbagai tuduhan dan nama, namun apa yang jadi sekarang..Tun Mahathir sahajalah yang dapat membawa perubahan politik.

"Bagi Pemuda MIC, Datuk Seri Najib merupakan PM pertama yang mendengar dan memperkenalkan pelbagai insiatif untuk membangunkan sosio ekonomi masyarakat India.

"Maka adalah tidak salah kalau memberi kredit kepada PM atas jasa beliau untuk masyarakat India. Sivakumar hanya tahu bising tapi tak ada prinsip," selar beliau lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Sivakumar sebelum ini yang berkata pemimpin MIC tidak layak untuk mengulas berkenaan keputusan Pakatan Harapan dalam meletakkan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi PRU-14.

Last modified onIsnin, 15 Januari 2018 10:26

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.