Dikemaskini 7:48 AM, 24 Apr, 2018
A+ A A-

'Jangan gunakan isu kuil sebagai buah politik'

Menurut Ahli Jawatankuasa Pemuda Nasional Parti Gerakan Malaysia, Chiong Sen How, media pembangkang mempergunakan isu tersebut untuk menyerang kepimpinan kerajaan negeri yang jelas pada hakikatnya tidak mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan. Menurut Ahli Jawatankuasa Pemuda Nasional Parti Gerakan Malaysia, Chiong Sen How, media pembangkang mempergunakan isu tersebut untuk menyerang kepimpinan kerajaan negeri yang jelas pada hakikatnya tidak mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan.

Isu perobohan kuil di Badar Seri Alam, Masai, Johor dilihat menjadi permainan politik oleh pihak pembangkang dan ianya dilihat sebagai satu tindakan yang tidak wajar.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pemuda Nasional Parti Gerakan Malaysia, Chiong Sen How, media pembangkang mempergunakan isu tersebut untuk menyerang kepimpinan kerajaan negeri yang jelas pada hakikatnya tidak mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan.

"Perkara ini adalah sama sekali tidak benar dan merupakan fitnah yang besar. Ini adalah kerana tanah tersebut merupakan tanah milik persendirian dan kuil tersebut dibina secara tidak sah (‘illegal’).

"Pelbagai rundingan telah berlangsung secara konsisten sejak 2009 lagi dan Kerajaan Negeri Johor pernah menawarkan sebidang tanah baru kepada pihak pengurusan kuil tersebut, tetapi mereka enggan untuk berpindah.

"Oleh yang demikian, pemilik tanah yang sah terpaksa menggunakan proses undang-undang dengan membawa isu ini ke Mahkamah dan Mahkamah telah memutuskan bahawa kuil tersebut dibina secara tidak sah, dan perlu dipindah serta merta dalam tempoh tiga (3) bulan, dan jika gagal atau enggan, kuil tersebut akan dirobohkan atas kehendak pemilik tanah yang sah.

"Namun selepas tiga (3) bulan daripada perintah Mahkamah bertarikh 23.7.2017, pihak pengurusan kuil masih enggan pindah. Pemilik tanah tidak mempunyai sebarang pilihan selain merobohkan kuil tersebut pada 13.1.2018.

"Isu ini perlu dilihat daripada aspek perundangan iaitu ‘hakmilik tak boleh sangkal’ atau ‘indefeability of title’ di mana pemilik tanah yang sah mempunyai hak untuk menguruskan tanah tersebut mengikut cara dan kehendak mereka, dan bukan daripada aspek politik ataupun emosi semata-mata," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Belia Malaysia turut mengharapkan agar semua pihak menjadi lebih peka dan sensitif dalam memainkan isu yang jelas berkait dengan agama.

"Saya berharap agar ahli politik pembangkang tidak menggunakan isu ini untuk berkempen kerana isu ini amat sensitif kerana ia melibatkan agama dan kepercayaan, dan jika pembangkang terus menerus mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab, ia akan menyemarakan api perkauman yang kita tidak mahu lihat akibatnya," tambah beliau.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.