Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Tiada bayaran dibuat bagi projek terowong dasar laut - Guan Eng

Dalam sidang akhbar itu Lim turut membidas beberapa akhbar arus perdana yang didakwa memutarbelitkan laporan berhubung isu pembiayaan itu. Dalam sidang akhbar itu Lim turut membidas beberapa akhbar arus perdana yang didakwa memutarbelitkan laporan berhubung isu pembiayaan itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sekali lagi menegaskan bahawa setakat ini tiada bayaran dibuat bagi projek pembinaan terowong dasar laut di negeri itu.

"Tiada satu sen, tak ada sekupang pun dibayar untuk projek terowong dasar laut ini… yang kami lakukan pembayaran adalah hanya untuk Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi tiga lebuh raya. Itu sahaja.

“Yang ini kami bayar sehingga peringkat DEIA (Kajian Terperinci Impak Alam Sekitar) dan kami pun telah dapat kelulusan DEIA itu dan bermakna projek ini boleh dimulakan," katanya di sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Dalam sidang akhbar itu Lim turut membidas beberapa akhbar arus perdana yang didakwa memutarbelitkan laporan berhubung isu pembiayaan itu.

Sementara itu mengulas dakwaan pejabat ketua menteri diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, Lim berkata: “Semalam pejabat ketua menteri tidak diserbu langsung oleh SPRM”.

Isu terowong dasar laut kembali hangat diperkatakan susulan SPRM membuat serbuan di beberapa pejabat kerajaan di Komtar dan syarikat berkaitan projek itu, Selasa lepas dan semalam untuk siasatan susulan laporan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan.

Pada Rabu, dua individu bergelar datuk daripada syarikat pembangunan hartanah direman enam hari masing-masing di Putrajaya dan di sini bagi membantu siasatan.

Pada 5 Jan lalu, Huan membuat laporan dan menyerahkan bukti baharu berhubung projek terowong dasar laut itu kepada SPRM di Putrajaya bagi menyiasat sama ada wujud unsur salah laku atau rasuah dalam pembidaan projek itu.

Lim sebelum ini dilaporkan berkata akan meneruskan projek terowong dasar laut yang menghubungkan bahagian pulau dari Persiaran Gurney ke bahagian utama negeri itu di Bagan Ajam. - Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.