Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Jalin kerjasama dengan Hindraf bukti pembangkang mula 'goyang' -MIC

Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivarraajh Chandran berkata, tindakan tersebut juga membuktikan pembangkang semakin terdesak dalam usaha menarik sokongan kaum India khususnya orang muda. Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivarraajh Chandran berkata, tindakan tersebut juga membuktikan pembangkang semakin terdesak dalam usaha menarik sokongan kaum India khususnya orang muda.

Langkah pembangkang yang baru-baru ini menjalin kerjasama bersama HINDRAF dan juga Parti Generasi Baru memberikan gambaran jelas bahawa mereka kini mula hilang arah.

Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivarraajh Chandran berkata, tindakan tersebut juga membuktikan pembangkang semakin terdesak dalam usaha menarik sokongan kaum India khususnya orang muda.

"Ia jelas berbeza dengan langkah Barisan Nasional (BN) dalam merangka satu dasar yang konsisten terhadap masyarakat India termasuk menerusi Malaysian Indian Blueprint (MIB), satu dasar masa depan, holistik, komprehensif dan menyeluruh serta mampu mengubah landskap kehidupan masyarakat India dalam pelbagai bidang meliputi pendidikan, pekerjaan, sosio ekonomi dan pemilikan ekuiti.

"Semua inisiatif yang diperkenalkan MIC dan BN dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ini terbukti mula memberi impak yang sungguh positif dari masyarakat India untuk terus menyokong BN dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

"Penerimaan yang baik masyarakat India terhadap BN inilah yang menyebabkan pembangkang mula 'goyang' terutama dalam menarik sokongan pengundi India," katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, beliau yakin pengundi India terutama pengundi muda tidak mudah termakan janji kosong pembangkang berdasarkan rekod pencapaian BN yang terbukti setakat hari ini.

Malah jelas beliau lagi, kelihatan corak yang mana menunjukkan sokongan India terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kembali kukuh.

"Saya yakin pengundi muda khususnya dapat membandingkan janji-janji retorik pembangkang dengan blue print dan juga rekod pencapaian Perdana Menteri khususnya untuk masyarakat India kerana masyarakat India sudah matang dalam politik negara, terutama mainan dan janji palsu pembangkang.

"Ini ditambah lagi dengan keadaan status quo masyarakat India di Selangor dan Pulau Pinang yang tidak menunjukkan perubahan dari aspek pembangunan sosioekonomi seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum yang lalu oleh pembangkang sehingga membuatkan mereka konsisten untuk kembali yakin dengan Datuk Seri Najib dan BN.

"Namun kita tidak harus mengambil ringan pengundi-pengundi ini dan haruslah kita mengurus serta memastikan kita memenuhi janji-janji kita untuk orang muda supaya mereka terus menjadi penyokong tegar BN," ujarnya.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.