Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Pejabat PM: Lawatan Najib atas jemputan Raja Salman

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata lawatan itu bertujuan membolehkan pemimpin kedua-dua negara berbincang isu-isu dua hala yang telah dipersetujui semasa kunjungan sulung baginda ke Malaysia pada tahun lalu. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata lawatan itu bertujuan membolehkan pemimpin kedua-dua negara berbincang isu-isu dua hala yang telah dipersetujui semasa kunjungan sulung baginda ke Malaysia pada tahun lalu.

Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Arab Saudi bermula semalam hingga 12 Jan ini adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata lawatan itu bertujuan membolehkan pemimpin kedua-dua negara berbincang isu-isu dua hala yang telah dipersetujui semasa kunjungan sulung baginda ke Malaysia pada tahun lalu.

“Selain itu, adalah menjadi hasrat Perdana Menteri untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja ini. Datuk Seri Najib telah mengajak ahli keluarga beliau dan beberapa kenalan dalam lawatan ini bagi bersama beliau dalam mengerjakan ibadah umrah,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, rombongan Perdana Menteri turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, bonda Perdana Menteri Tun Rahah Mohammad Noah, beberapa ahli keluarga, kenalan dan pegawai Perdana Menteri.

Menurut kenyataan itu lagi, adik-adik Perdana Menteri termasuk kenalan beliau yang turut sama dalam lawatan berkenaan telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri ke Tanah Suci.

“Hanya Tun Rahah yang turut bersama Datuk Seri Najib dalam perjalanan kapal terbang ke Arab Saudi,” menurut kenyataan itu.

Nama anggota keluarga dan kenalan Perdana Menteri itu dimasukkan dalam senarai rasmi rombongan untuk memudahkan urusan pentadbiran dengan pihak Arab Saudi bagi program menunaikan ibadah umrah.

“Perdana Menteri dan ahli rombongan juga telah diberi taraf Tetamu Negara oleh Kerajaan Arab Saudi,” kata kenyataan itu. -Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.