Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

PAS: Raih sokongan pengetua kerja pembodek Umno

Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata selain tidak cerdik, program seumpama itu juga dianjur oleh pihak yang gemar menjadi "pembodek Umno". Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata selain tidak cerdik, program seumpama itu juga dianjur oleh pihak yang gemar menjadi "pembodek Umno".

PAS menyifatkan Umno Kelantan "hilang kewarasan" apabila cuba meraih sokongan pengetua dan guru besar di negeri itu menjelang Rilihan Raya Umum Ke-14.

Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata selain tidak cerdik, program seumpama itu juga dianjur oleh pihak yang gemar menjadi "pembodek Umno".

"Siapa yang buat program ini, sah kurang cerdik dan makan dedak Umno sehingga tidak boleh bernyawa.

"Masyarakat akan ingat terutama warga pendidik walaupun dia dah pencen, hatta sehingga dia mati pun orang akan ingat kerja pembodek Umno.

"Apabila cucu dia besar esok pun orang akan ingat kelaku tok dia yang menjadi pembodek Umno peringkat internasional," katanya dalam tulisan yang disiarkan di Harakahdaily hari ini.

Ahad lalu, Malaysiakini melaporkan barisan guru besar dan pengetua sekolah seluruh Kelantan diminta untuk melaungkan sokongan mereka bagi memenangkan BN dalam PRU14 akan datang.

Laungan itu dibuat di hadapan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu majlis yang diadakan di Kota Bharu.

Menurut Idris, pihak yang bertanggungjawab terhadap program itu menyangka pengetua dan guru besar sebagai 'bodoh' dan boleh dengan mudah 'dicucuk hidung'.

"Pepatah ada menyebut “kamu boleh paksa kuda pergi minum air, tetapi kamu tidak boleh paksa kuda minum air”.

"Saya masih ingat ketika pilihan raya kecil di Kelantan, guru-guru yang berada di dalam daerah mengundi dipaksa setiap malam melaporkan diri ke bilik gerakan Umno.

"Guru yang ada jati diri tidak akan tunduk dengan arahan tidak cerdik ini," jelasnya.

Beliau juga menyifatkan mereka yang terlibat menganjurkan program berkenaan lemah dalam pengurusan dan displin, sebaliknya hanya mahukan kenaikan pangkat melalui cara "membodek".

"Saya harapkan perbanyakkan lagi program seperti ini supaya warga pendidik lagi meluat dan benci kepada Umno dan pemimpin Umno.

"Spesis semacam ini tidak banyak dah di kalangan penjawat awam," sindir Idris yang juga anggota parlimen Bukit Gantang.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.