Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Musa ajak rakyat Sabah pertahan keharmonian, kebebasan beragama

Kata Musa, kerajaan sememangnya mempunyai komitmen tinggi dalam menegakkan kebebasan mengamalkan budaya dan agama di negeri ini. Kata Musa, kerajaan sememangnya mempunyai komitmen tinggi dalam menegakkan kebebasan mengamalkan budaya dan agama di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mengajak semua lapisan rakyat agar berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan masyarakat Malaysia, khususnya di Sabah, terus hidup dalam suasana aman dan harmoni.

Kata Musa, kerajaan sememangnya mempunyai komitmen tinggi dalam menegakkan kebebasan mengamalkan budaya dan agama di negeri ini.

“Dalam konteks ini, kerajaan negeri bersama-sama dengan komuniti dan para pemimpin agama sentiasa mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berkaitan agama dan budaya,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Krismas Kota Kinabalu 2017 di Padang Merdeka di sini malam ini.

Turut hadir Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, Presiden Majlis Gereja-geraja Sabah Datuk Melter Jiki Tais dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani.

Menurut Musa setiap tahun, Kerajaan Sabah tidak pernah gagal mengagihkan peruntukan kepada pihak gereja bagi membiayai projek serta program anjuran badan agama berkenaan dengan niat ikhlas.

Katanya beliau gembira kerana bantuan berkenaan memberi kebaikan dan manfaat kepada penerimanya.

Sementara itu Musa turut memberi jaminan mengenai kebebasan beragama dan mengamalkan kebudayaan masing-masing di Sabah.

Menurutnya Sabah boleh berbangga dan menjadi negeri contoh dalam konteks kepelbagaian budayanya yang diraikan pelbagai komuniti menerusi pelbagai sambutan seperti Hari Krismas, Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Tadau Kaamatan.

Katanya suasana itu merupakan kayu ukur jelas kepada pembangunan sebuah negara bangsa Malaysia yang berjaya, aman dan harmoni. -Bernama 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.