Dikemaskini 3:49 AM, 15 Dec, 2017
A+ A A-

Dr Mahathir larang Dr Siti Hasmah bertudung

Dr Siti Hasmah berkata sekembalinya mereka dari Mekah, beliau mahu berbuat demikian namun tidak disenangi Dr Mahathir. Dr Siti Hasmah berkata sekembalinya mereka dari Mekah, beliau mahu berbuat demikian namun tidak disenangi Dr Mahathir.

Tun Dr Mahathir Mohamad melarang isterinya Tun Dr Siti Hasmah daripada bertudung walaupun isterinya itu mahu bertudung.

Dr Siti Hasmah berkata sekembalinya mereka dari Mekah, beliau mahu berbuat demikian namun tidak disenangi Dr Mahathir.


“Suami larang saya pakai tudung. Sebelum seseorang pakai tudung, dia perlu minta kebenaran suaminya.


“Saya hendak ambil berkat selepas kembali dari Mekah. Jadi saya pakai tudung tapi dia palingkan mukanya,” katanya.


Dr Siti Hasmah berkata demikian ketika ditanya berhubung larangan bertudung di hotel yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.


Beliau berkata persoalan sama ada seseorang itu perlu memakai tudung bergantung jika orang tersebut mahu bekerja dalam industri hotel yang mempunyai peraturan dan syarat mereka sendiri.


Kontroversi larangan bertudung untuk kakitangan hotel wanita beragama Islam tercetus apabila Union Network International-Malaysia Labour Center (Uni-MLC) mendedahkan terdapat aduan daripada pekerja hotel dibarisan hadapan berhubung perkara itu.


Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Samuel Cheah bagaimanapun mempertahankan larangan itu dan berkata ia adalah dasar rangkaian hotel antarabangsa yang sudah lama diguna pakai.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.