Dikemaskini 2:18 AM, 25 Nov, 2017
A+ A A-

Naib Presiden Indonesia kecil hati dengan kenyataan Tun M mengenai Bugis

Jusuf menyatakan ketidak puasan hatinya itu dalam satu perbincangan tidak rasmi dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada sidang kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8), Jusuf menyatakan ketidak puasan hatinya itu dalam satu perbincangan tidak rasmi dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada sidang kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8),

Kenyataan Tun Dr Mahathir yang melabel bangsa Bugis sebagai lanun ternyata mengguris hati masyarakat tersebut termasuklah Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Berita Harian Online melaporkan bahawa Jusuf menyatakan ketidak puasan hatinya itu dalam satu perbincangan tidak rasmi dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada sidang kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8), semalam.

Menurut Ahmad Zahid, Jusuf berkata ungkapan itu seolah-olah menghina masyarakat Bugis di Malaysia dan juga Indoensia.

"Penjajah yang melabelkan orang Bugis kononnya sebagai lanun. Mereka sebenarnya pahlawan yang menentang penjajah.

"Saya tidak mahu mengulas lanjut tetapi sudah pasti ramai yang terkesan dengan penghinaan ini kerana ia seolah-olah merendahkan keturunan daripada rumpun Melayu, yang pada sejarahnya penyumbang kepada kepahlawanan di Nusantara," beliau dipetik sebagai berkata.

Ahmad Zahid turut menambah beberapa laporan polis telahpun dibuat mengenai isu berkenaan.

"Polis sedang meneliti laporan itu sebelum tindakan susulan dilakukan," katanya.

Mahathir mengeluarkan kenyataan tersebut dalam Himpunan Anti-Kleptokrasi di Padang Timur, Selangor pada Sabtu lalu.

Pengerusi Pakatan Harapan tersebut menyebut bahawa Perdana Mengeri Datuk Seri Najib Razak, mungkin berasal dari lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.