Dikemaskini 2:18 AM, 25 Nov, 2017
A+ A A-

Saya ‘hantar’ Mat Sabu ‘memasak’ di Taiping, kata Tun Mahathir

Kata Tun Mahathir, beliau masih lagi teringat bagaimana beliau menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Presiden Amanah, Mohamad Sabu di Pusat Tahan Kamunting, Taiping suatu ketika dahulu. Kata Tun Mahathir, beliau masih lagi teringat bagaimana beliau menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Presiden Amanah, Mohamad Sabu di Pusat Tahan Kamunting, Taiping suatu ketika dahulu.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui pemerintah-pemerintah sebelum ini bukanlah baik sangat termasuk dirinya yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Kata Tun Mahathir, beliau masih lagi teringat bagaimana beliau menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Presiden Amanah, Mohamad Sabu di Pusat Tahan Kamunting, Taiping suatu ketika dahulu.

“Dahulu bukan baik sangat pemerintah-pemerintah negara termasuk diktator bernama Mahathir. Tetapi itu perkara lama.

“Amat pelik dan luar biasa kerana hari ini saya dijemput oleh musuh saya untuk menyampaikn ucapan.

“Saya masih teringat saya menghantar Mat Sabu ‘memasak’ di Taiping dengan upah 80sen. Rate (kadar) zaman British. Masakan beliau sangat baik,” katanya ketika berucap di Konvensyen Nasional Amanah di Alor Setar di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas perkara ini ditimbulkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebelum itu dalam ucapannya yang memuji semangat kental perjuangan Mohamad Sabu termasuk pernah ditahan di bawah ISA sebanyak dua kali.

Mohamad Sabu yang mendengar ucapan itu kemudiannya mengangkat tangan Tun Mahathir yang duduk disebelahnya seperti memberi isyarat sekarang sudah baik dan tiada dendam.

Kisah ISA dan masakan ini diteruskan Mohamad Sabu dalam ucapan Presiden Amanah yang berseloroh menyatakan Tun Mahathir ‘yakin’ dengan beliau untuk merasa masakannya walaupun pernah bertindak zalim terhadapnya dirinya.

“Tun yakin dan berani bila nak pergi ke rumah saya nak makan. Saya tengok tak ada pun pegawainya rasa dulu kot-kot saya bubuh racun. Tak ada…Tun terus makan. Patut dia bagi pegawai dia rasa dulu,” ujarnya yang disambut dengan gelak tawa perwakilan.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.