Dikemaskini 2:18 AM, 25 Nov, 2017
A+ A A-

Gagal daftar ROS, PH ada cara atasi masalah

Mantan Perdana Menteri itu menyifatkan kegagalan ROS memberi respon segera terhadap permohonon tersebut menunjukkan kerajaan Barisan Nasional takut sekiranya parti-parti bekerjasama dalam satu gabungan yang sah. Mantan Perdana Menteri itu menyifatkan kegagalan ROS memberi respon segera terhadap permohonon tersebut menunjukkan kerajaan Barisan Nasional takut sekiranya parti-parti bekerjasama dalam satu gabungan yang sah.

Pakatan Harapan (PH) mempunyai beberapa cadangan lain yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah dengan pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) yang sehingga kini tidak memberi kata putus untuk mendaftarkan PH secara sah.

Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata demikian ketika ditanya sama ada PH akan menggunakan salah satu logo parti sekiranya ROS masih tidak meluluskan gabungan tersebut menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

“Kita ada beberapa cara untuk atasi masalah ini tapi buat waktu ini kita tidak mahu dedah lagi, katanya dalam sidang media ketika hadir dalam Konvensyen Nasional Amanah di Alor Setar pada Sabtu.

Mantan Perdana Menteri itu menyifatkan kegagalan ROS memberi respon segera terhadap permohonon tersebut menunjukkan kerajaan Barisan Nasional takut sekiranya parti-parti bekerjasama dalam satu gabungan yang sah.

Jelasnya, PH telah dan sanggup melakukan apa sahaja syarat yang dikehendaki oleh ROS untuk memastikan gabungan tersebut dapat didaftarkan secara rasmi sebelum PRU14 tetapi kesal ROS mengambil pendirian berdiam diri ketika ini.

“Kita dah bagi tahu kita nak didaftar. Kalau ada silap bagi tahu kita boleh ubah. Tapi nampak perasaan takut sangat kepada Pakatan Harapan ini.

“Cara nak kalahkan Pakatan Harapan ini dengan tak didaftarkan. Inilah ketakutan Datuk Seri Najib (Razak).

“Tak berani lawan Pakatan Harapan. Macam-macam cara dilakukan,” ujarnya.

Last modified onSabtu, 21 Oktober 2017 23:03

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.