Dikemaskini 2:18 AM, 25 Nov, 2017
A+ A A-

Perjuangan PAS usang, minda Abdul Hadi tidak jelas, kata Tun Mahathir

Mengambil contoh isu ‘mengkafirkan’ orang yang bukan ahli PAS, Tun Mahathir berkata persoalan ini tidak pernah dijawab oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedangkan ianya merupakan sesuatu yang serius. Mengambil contoh isu ‘mengkafirkan’ orang yang bukan ahli PAS, Tun Mahathir berkata persoalan ini tidak pernah dijawab oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedangkan ianya merupakan sesuatu yang serius.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan perjuangan PAS sudah usang dan tidak jelas menyebabkan Pakatan Harapan sukar bekerjasama dengan parti itu.

Mengambil contoh isu ‘mengkafirkan’ orang yang bukan ahli PAS, Tun Mahathir berkata persoalan ini tidak pernah dijawab oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedangkan ianya merupakan sesuatu yang serius.

“Perjuangan PAS sudah usang, sama saja. Saya ada tanya sama ada orang luar PAS adalah kafir, tapi Datuk Seri Abdul Hadi belum jawab.

“Kita nak tahu sebab isu kafir perkara serius, bermakna minda dia belum tertumpu pada beberapa perkara yang jelas,” katanya dalam sidang media ketika hadir dalam Konvensyen Nasional Amanah di Alor Setar, Kedah pada Sabtu.

Jelas Tun Mahathir lagi, PAS tidak konsisten dalam perjuangan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) terutamanya dalam soal untuk membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan mahupun Barisan Nasional.

Syarat yang diletakkan oleh PAS, menolak sebarang hubungan dengan DAP dan Amanah dan hanya mahu bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR sahaja adalah mustahil direalisasikan kerana DAP dan Amanah juga merupakan komponen dalam Pakatan Harapan.

“Saya tengok PAS, tak tau dia nak pi mana. Kadang nampak ke utara, tetapi undur menuju ke selatan, kadang ke timur, kadang ke barat. Susahlah kita macam ni.

“Kalau PAS mahu bersama Pakatan Harapan, dia jelaskan tak mahu bekerjasama dengan dua parti, ini mustahil kerana gabungan pakatan terdiri daripada Amanah, DAP, PKR dan Bersatu,” katanya.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.