Dikemaskini 3:05 PM, 21 Oct, 2017
A+ A A-

Sekotak kertas A4 jadi taruhan pembangkang di Johor?

Fikri turut menyelar tindakan pembangkang, menerusi Parti Amanah Negara (PAN), yang mensensasikan pemberian sekotak kertas A4 buat beberapa buah sekolah kerajaan disini. Fikri turut menyelar tindakan pembangkang, menerusi Parti Amanah Negara (PAN), yang mensensasikan pemberian sekotak kertas A4 buat beberapa buah sekolah kerajaan disini.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mesra Barisan Nasional (BN) hari ini mengkritik tindakan kumpulan pembangkang yang cuba member gambaran bahawa sekolah-sekolah kerajaan dalam Parlimen Tenggara mendapat perhatian yang sepatutnya.

Menurut Aktivis Persatuan Pemikir Muda Johor Fikri Allaudin, , Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Datuk Ayub Rahmat sentiasa memastikan keseluruhan institut pendidikan di Johor dalam keadaan terbaik.

Fikri turut menyelar tindakan pembangkang, menerusi Parti Amanah Negara (PAN), yang mensensasikan pemberian sekotak kertas A4 buat beberapa buah sekolah kerajaan disini.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut hanyalah bertujuan menyaingi imej BN yang kini mendapat sambutan baik dari masyarakat apabila menganjurkan Ekspo Johor Berkemajuan 2017.

“Rakyat akhirnya sedar dan menilai sendiri setiap tomahan jahat yang dibuat terhadap negeri ini, sedangkan pada fakta dan realitinya negeri ini telah diurus dengan baik dan progresif.

“Selain itu, pada hakikatnya terdapat juga wakil rakyat kerajaan, PIBG, NGO yang menyumbang kepada sekolah secara peribadi, tetapi tidak pula digembar-gemburkan sebagaimana pembangkang yang mencanang 1 kotak seperti 1 lori A4.

“Adakah modal terbaik bagi pembangkang pada ketika ini hanya sekadar kertas A4 sahaja,” soalnya.

Sumbangan yang diberikan oleh ahli PAN, Mazlan Aliman, yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), disifatkan Fikri sebagai “mencari modal politik”.

“Nasihat kami kepada Mazlan Aliman khususnya, cukuplah bermain wayang politik. Generasi muda Johor sudah muak melihat retorik dan fitnah jahat pembangkang yang tidak pernah serik dalam menghasut rakyat.

“Seeloknya Mazlan Aliman menguruskan kewangan beliau yang kini muflis akibat kegagalan membayar saman fitnah beberapa tahun yang lepas.

“Adalah lebih baik juga kertas A4 itu digunakan sebagai salah satu kaedah mengedar risalah bagi meminta sumbangan rakyat bagi membayar saman fitnah beliau,” sindirnya.

Selasa lalu, Ayub mengingatkan sekolah-sekolah kerajaan supaya tidak menerima sebarang sumbangan kertas daripada parti pembangkang, bagi mengelak ia dari dipolitikkan pihak berkenaan bagi memberi gambaran seolah-olah kerajaan gagal membantu sekolah tersebut.

Menurut Ayub, pihak pembangkang mengambil gambar pemberian mereka tersebut untuk dimanipulasikan tanpa pengetahuan pihak sekolah.

ANAK bagaimanapun semalam mengeluarkan kenyataan bahawa ia kesal dengan larangan yang dikeluarkan Ayub supaya pihak sekolah tidak menerima bantuan yang diberikan kumpulan pembangkang ini.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.