Dikemaskini 2:22 AM, 18 Dec, 2017
A+ A A-

Apa guna kemajuan negara jika rakyat tak merasa hasilnya?

Md Jais berkata pembangunan pesat di kota-kota besar dalam negara tidak memberikan kesenangan kepada warga desa yang masih mencari rezeki untuk menampung keluarga dengan bekerja di ladang sawit dan juga getah. Md Jais berkata pembangunan pesat di kota-kota besar dalam negara tidak memberikan kesenangan kepada warga desa yang masih mencari rezeki untuk menampung keluarga dengan bekerja di ladang sawit dan juga getah.

Apa ertinya negara maju dan ekonomi berkembang sekirany hasilnya tidak dapat dinikmati oleh rakyat jelata, soal Ketua UMNO Bahagian Kluang Datuk Md Jais Sarday.

Md Jais berkata pembangunan pesat di kota-kota besar dalam negara tidak memberikan kesenangan kepada warga desa yang masih mencari rezeki untuk menampung keluarga dengan bekerja di ladang sawit dan juga getah. 


Justeru, Md Jais berkata perjuangan UMNO hari ini seharusnya berlandaskan soal mensejahterakan rakyat kerana mereka kini berdepan dengan cabaran kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

"UMNO mestilah people centric (mengutamakan rakyat). UMNO mestilah bangkit untuk menentukan dasar-dasar yang menyentuh hati rakyat.

"UMNO tidak boleh hanya sekadar membuaikan perasaan orang Melayu dengan ketakutan. UMNO mestilah menterjemahkan kehidupan rakyat yang sejahtera," Md Jais berkata dalam ucapannya di Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kluang 2017 hari ini.

Exco kerajaan negeri Johor tersebut turut menambah bahawa UMNO mestilah mampu untuk memberikan tawaran baru kepada generasi akan datang.

"Orang susah hendak memastikan masa hadapan anak-anak mereka terjamin. Orang yang telah hidup senang hendak memastikan kesejahteraannya berkekalan.

"Orang muda mempunyai pelbagai impian, yang pandai mengimpikan kemewahan, yang kurang pandai pastinya tidak mahu ketinggalan.

"Yang di desa, mengimpikan pembangunan, yang di kota bimbangkan soal keselamatan. Yang belajar di institusi pengajian tinggi, tidak mahu berhutang, yang berniaga impikan keuntungan," katanya.

Md Jais berkata, UMNO yang kini sudah berusia 71 tahun, tidak lagi boleh mendendang sejarah bagaimana ia membantu negara mencapai kemerdekaan kerana cabaran masyarakat hari ini berbeza dengan waktu negara dijajah.

Beliau turut menyatakan bahawa UMNO adalah jantung dan nyawa buat orang Melayu, kerana ia telah menjadi benteng kepada kaum tersebut sejak kemerdekaan termasuklah dengan memelihara agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan juga hak-hak istimewa orang Melayu.

Namun, Md Jais mengakui bahawa perkara ini tidak dirasai oleh generasi muda hari ini ekoran cabaran kehidupan yang berbeza seperti yang dikatakannya.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.