Dikemaskini 2:22 AM, 18 Dec, 2017
A+ A A-

Ahli PAS dakwa Amanah buat kacau di Batu

Pengguna dengan menggunakan nama Nurul Mohamed Yusoff berkata, bangunan yang menempatkan markas PAS di kawasan berkenaan masih dalam proses mahkamah bagi menentukan hak milik. Pengguna dengan menggunakan nama Nurul Mohamed Yusoff berkata, bangunan yang menempatkan markas PAS di kawasan berkenaan masih dalam proses mahkamah bagi menentukan hak milik.

Pengguna laman sosial Facebook yang dipercayai salah seorang daripada ahli PAS mendakwa Parti Amanah Negara (Amanah) menganggu markas parti itu di kawasan Batu.

Pengguna dengan menggunakan nama Nurul Mohamed Yusoff berkata, bangunan yang menempatkan markas PAS di kawasan berkenaan masih dalam proses mahkamah bagi menentukan hak milik.

"Bangunan yang dalam proses penyelesaian mahkamah masih milik PAS Batu.

"Saya menasihatkan empat orang ahi Amanah yang menuntu bangunan tersebut agar lebih berhikmah dalam tindakan agar sesuai dengan usia anda. Tunggulah mahkamah berbicara dan kita selesaikan di sana," katanya melalui status yang dimuat naik Nurul Mohameed.

Dia mendakwa, ahli Amanah telah mengarahkan beberapa pekerja dari Indonesia untuk menurukan papan tanda yang bertulis Markas PAS Kawasan Batu.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.