Dikemaskini 2:22 AM, 18 Dec, 2017
A+ A A-

'Anwar tidak bermoral' itu kenyataan lama saya - Tun Mahathir

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya sebelum ini yang menegaskan Anwar tidak layak untuk menjawatan jawatan itu kerana terpalit dalam isu moral. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya sebelum ini yang menegaskan Anwar tidak layak untuk menjawatan jawatan itu kerana terpalit dalam isu moral.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali membuat ‘pusingan u’ apabila menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang berjaya memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya sebelum ini yang menegaskan Anwar tidak layak untuk menjawatan jawatan itu kerana terpalit dalam isu moral.

“Ya saya setuju jika itu yang rakyat mahukan. Kenapa tidak?

“Saya berpegang kepada kenyataan saya pada masa itu. Ia bergantung pada keadaan yang berlaku pada masa itu. Saya mungkin berubah fikiran saya tahun depan,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya di sini, pada Selasa.

Mengulas mengenai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Mahathir menegaskan perkara itu akan diumumkan pada waktu yang sesuai dan mengejutkan semua pihak.

“Mungkin akan diumumkan nama (calon) Perdana Menteri, boleh jadi sekarang, sebelum pilihan raya atau selepas kita (PH) menang.

“Kita ingin mengekalkan eleman kejutan, kita mahu rakyat terkejut, kita mahu kerajaan (Barisan Nasional) sangat terkejut.

“Ini adalah strategi pilihan raya. Tiada yang baru,” kata mantan Perdana Menteri itu.

Jelasnya, terdapat pelbagai cerita mengenai calon Perdana Menteri dan perkara ini datang daripada mereka yang tidak selesa dengan tindakan beliau bekerjasama dengan Anwar.

“Kesimpulan (pelik Tun Mahathir bekerjasama dengan Anwar) dibuat oleh mereka yang sangat tidak selesa saya bekerjasama dengan Anwar.

“Tiada yang baru. Sebelum ini Anwar pernah menentang Barisan Nasional, kemudian beliau diterima masuk dalam UMNO dan kami bekerjasama banyak tahun,” ujarnya.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.