Dikemaskini 2:22 AM, 18 Dec, 2017
A+ A A-

Dalam PH saya setaraf Najib - Tun Mahathir

Beliau berkata demikian dalam satu sidang di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya ketika mengumumkan program ‘Nothing To Hide 2.0’ yang dijadualkan diadakan pada 13 Ogos depan di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam. Beliau berkata demikian dalam satu sidang di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya ketika mengumumkan program ‘Nothing To Hide 2.0’ yang dijadualkan diadakan pada 13 Ogos depan di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.

Teka-teka siapa paling berkuasa terjawab apabila Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan kedudukannya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) adalah setaraf dengan Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Kata Tun Mahathir, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Presiden PH kerana ia sama seperti dalam PPBM di mana Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan Presiden parti itu.

“Tiada masalah dengan Wan Azizah. Dalam PPBM kita ada Pengerusi, kita ada Muhyiddin sebagai Presiden. Ada nampak kami bergaduh sesama sendiri? Tidak.

“Saya adalah salah seorang pemimpin Pakatan, yang dipersetujui untuk dilantik sebagai Pengerusi. Saya akan mempengerusikan Majlis Presiden di mana pada tahap tertentu dalam hiararki, saya pemimpin terbaik (top dog) di sana.

“Ia hampir sama kecuali bahawa saya Pengerusi Pakatan dan dikalangan pembangkang, saya setara dengan Najib, secara tidak rasmi. Saya fikir dia (Najib) harus mengambil kesempatan baik ini untuk menjelaskan segalanya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya ketika mengumumkan program ‘Nothing To Hide 2.0’ yang dijadualkan diadakan pada 13 Ogos depan di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.

Mengulas lanjut program tersebut, Tun Mahathir memaklumkan ianya bertujuan untuk memberikan penjelasan kepada khalayak mengenai tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Beliau juga mencabar Najib berbuat demikian dengan turut hadir dalam program tersebut bagi menjawab segala perihal kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

“Saya mencabar Najib Razak untuk hadir, saya sendiri akan datang kerana bukan sahaja untuk menjawab segala tuduhan tetapi banyak persoalan dari pihak saya sendiri untuk ditanyakan kepada Najib Razak supaya rakyat dapat menilai mengenai salahlaku beliau dalam 1MDB dan hal-hal berkaitan saman DOJ beserta isu kedaulatan negara.

“Najib janganlah mengecewakan rakyat, kerana sesi ini juga akan menjadi medan perdebatan antara saya dengan beliau.

“Jikalau dia berani, dia wajib hadir dan jawab sendiri secara ‘live’ dan rakyat sendiri akan menilai segala jawapan beliau kali ini yang tidak pernah konsisten dan sering menipu rakyat,” ujarnya.

Last modified onSelasa, 18 Julai 2017 17:00

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.