Dikemaskini 2:22 AM, 18 Dec, 2017
A+ A A-

Tun Mahathir dilantik Pengerusi Pakatan Harapan

Keputusan tersebut dicapai selepas Majlis Presiden Pakatan Harapan bermesyuarat kira-kira empat jam di ibu pejabat PKR di Petalling Jaya pada malam Khamis. Keputusan tersebut dicapai selepas Majlis Presiden Pakatan Harapan bermesyuarat kira-kira empat jam di ibu pejabat PKR di Petalling Jaya pada malam Khamis.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjawat Presiden gabungan pembangkang itu.

Keputusan tersebut dicapai selepas Majlis Presiden Pakatan Harapan bermesyuarat kira-kira empat jam di ibu pejabat PKR di Petalling Jaya pada malam Khamis.

“Kita amat gembira kerana dapat buat keputusan. Pakatan Harapan telah bersetuju dengan struktur parti dengan menentukan susunan kepimpinan.

“Mungkin ada jawatan lagi yang akan diumumkan kemudian. Ini akan dimasukkan ke dalam perlembagaan parti nanti,” kata Tun Mahathir dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diletakkan sebagai Ketua Umum PH. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu dilantik sebagai Timbalan Presiden. Naib- Naib Presiden pula diisi oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub. Ketua Setiausaha diterajui Datuk Saifuddin Abdullah manakala ahli Parlimen Ipoh Barat dilantik sebagai Bendahari.

Ditanya mengenai bila Pakatan Harapan akan didaftarkan, Tun Mahathir menjelaskan ianya akan dibuat sebaik sahaja perlembagaan parti dimuktamadkan.

“Kita belum lagi dapat selesai keseluruhan perlembagaan parti dan kita belum buat permohonan kepada ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) lagi,” ujarnya.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.