Dikemaskini 3:05 PM, 21 Oct, 2017
A+ A A-

Najib sindir PKR ‘The Real Kajang Move’

Pembinaan Fasa 2 MRT laluan Semantan-Kajang sebelum ini dilaporkan hampir siap dan akan dilancarkan Najib pada 17 Julai ini. Pembinaan Fasa 2 MRT laluan Semantan-Kajang sebelum ini dilaporkan hampir siap dan akan dilancarkan Najib pada 17 Julai ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak melepaskan peluang untuk menyindir musuh politiknya dengan mengaitkan Projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Semantan-Kajang yang bakal beroperasi dalam tempoh 7 hari.

Menerusi status berserta gambar yang dimuat naik di laman sosial Twitter beliau malam tadi, Najib secara sinis menyindir PKR dengan menulis “The real Kajang Move. Coming to you in seven days" (Langkah Kajang sebenar. Akan datang kepada anda dalam 7 hari).

Pembinaan Fasa 2 MRT laluan Semantan-Kajang sebelum ini dilaporkan hampir siap dan akan dilancarkan Najib pada 17 Julai ini.

Fasa kedua itu akan melengkapkan operasi laluan MRT Sungai Buloh - Kajang sepanjang 51 kilometer.

Manakala Fasa 1 MRT iaitu laluan Sungai Buloh - Semantan sepanjang 20km mula beroperasi Disember lepas.

Sementara itu, Langkah Kajang adalah istilah yang dipopularkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pada 2014.

Langkah itu merujuk kepada strategi politik untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada tahun yang sama.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dirancang menggantikan Abdul Khalid dan bertanding di DUN Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi bagi memberikan laluan.

Namun disebabkan kes mahkamah, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa bertanding di DUN tersebut dan berjaya memenangi kerusi berkenaan.

Wan Azizah bagaimanapun tidak berjaya menjadi Menteri Besar Selangor selepas tidak mendapat sokongan PAS dan kekosongan itu diganti oleh Timbalannya, Datuk Seri Azmin Ali.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.