Dikemaskini 2:18 AM, 25 Nov, 2017
A+ A A-

Tahniah Husam, jarang anak Melayu…

Kit Siang baru-baru ini secara terbuka mencadangkan Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar Kelantan dan percaya Adun Salor itu boleh menjadi teladan baik untuk rakyat Kelantan dan seluruh negara. Kit Siang baru-baru ini secara terbuka mencadangkan Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar Kelantan dan percaya Adun Salor itu boleh menjadi teladan baik untuk rakyat Kelantan dan seluruh negara.

Bukan mudah untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Lim Kit Siang mahupun partinya DAP apatah lagi diangkat sebagai calon Menteri Besar Pakatan Harapan, kata Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari.

Tidak menamakan sesiapa, Ahmad Fadhli secara sinis mengucapkan tahniah kepada individu tersebut selepas dicalonkan sebagai Menteri Besar Kelantan oleh Kit Siang sekiranya Pakatan Harapan berjaya menerajui negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

“Tahniah diucapkan kepada bekas ADUN PAS yang telah dinamakan oleh pemimpin DAP Lim Kit Siang sebagai bakal Menteri Besar Kelantan.

“Bukan mudah untuk dapatkan pengiktirafan dari Lim Kit Siang dan dianggap sebagai pengiktirafan DAP sekaligus,” katanya dalam laman sosial Facebook beliau.

Kit Siang baru-baru ini secara terbuka mencadangkan Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar Kelantan dan percaya Adun Salor itu boleh menjadi teladan baik untuk rakyat Kelantan dan seluruh negara.

Bagaimanapun, Ahmad Fadhli mengingatkan DAP bahawa calon tersebut telah ditolak oleh Istana Kelantan untuk dilantik sebagai ahli exco kerajaan negeri.

“Sultan Kelantan pada masa itu telah menurunkan tandatangan di atas nama terbabit dengan tanda X yang bermaksud tidak diperkenan.

“Boleh sahaja nama tersebut diangkat sekali lagi sebagai Menteri Besar sekalipun telah ditolak sebagai exco. Namun, secara logiknya ia agak mustahil.

“Apakah sebab Lim Kit Siang mencadangkan nama yang telah diketahui ditolak oleh Istana empat tahun lepas, hanya dia yang tahu. Apapun, sekali lagi tahniah. Jarang anak Melayu..,” ujarnya.

 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.