Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Rakyat tidak peduli isu 1MDB, pembangkang anjur himpunan September ini

Sebahagian parti-parti pembangkang akan menganjurkan satu himpunan pada September depan susulan daripada saman sivil yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan dengan isu 1MDB. Sebahagian parti-parti pembangkang akan menganjurkan satu himpunan pada September depan susulan daripada saman sivil yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan dengan isu 1MDB.

Sebahagian parti-parti pembangkang akan menganjurkan satu himpunan pada September depan susulan daripada saman sivil yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan dengan isu 1MDB.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata pihaknya akan mengadakan jelajah diseluruh negara untuk menerangkan mengenai isu 1MDB kerana mendapati sebahagian daripada rakyat di negara ini tidak mengambil peduli isu tersebut.

“Kadang-kadang rakyat tidak rasa isu 1MDB ini berkaitan (dengan mereka). Sebab itu kita nak dekati rakyat dengan (mengadakan) jelajah.

“Kalau Peguam Negara cakap tidak ada apa-apa dan kata hanya helah politik, apa nak jadi dengan negara kita?

“Dia (Peguam Negara) menjadi wakil perundangan dan keadilan tetapi dia sendiri kata tidak ada apa-apa, helah politik, ia tidak masuk akal,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen di sini pada Rabu.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini menyifatkan saman sivil untuk merampas aset yang didakwa dibeli menggunakan dana yang dirompak daripada 1MDB oleh DOJ bermotif politik kerana tidak pernah secara rasmi meminta maklumat atau penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara (ACG).

Mengulas lanjut mengenai himpunan ‘Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ itu, Dr. Wan Azizah berkata pihaknya telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak 1MDB untuk mengatur himpunan tersebut termasuk menjemput parti-parti pembangkang yang lain seperti WARISAN dan PAS.

“WARISAN memang setuju rancangan kami tetapi tidak sempat hantar wakil. PAS kita hantar surat tetapi tiada jawapan dan tiada respon. Jadi kena tanya PAS,” katanya.

Himpunan dan penubuhan Jawatankuasa Bertindak 1MDB tersebut merupakan antara lima langkah yang disusun oleh pembangkang bagi menuntut Perdana Menteri dan pihak kerajaan bercakap benar dan hadir ke Parlimen menjawab semua dakwaan mengenai isu 1MDB.

Antara tindakan lain adalah mendesak Perdana Menteri mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat sesegera yang mungkin dan membentangkan Kertas Putih Berkenaan 1MDB; Membuat laporan bersama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia; Dan membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) serta menuntut supaya kertas siasatan dibuka semula.

“Kami juga menyeru kesemua parti-parti pembangkang untuk mengenepikan segala perbezaan dan bekerjasama serta bersatu tenaga untuk membawa mereka yang terlibat di dalam skandal penyelewengan dana 1MDB ke muka pengadilan,” ujarnya.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.