Dikemaskini 3:05 PM, 21 Oct, 2017
A+ A A-

Latif Bandi letak jawatan Exco Johor

Mengumumkan keputusannya melalui satu kenyataan yang dikeluarkan melalui peguamnya, beliau turut merakamkan penghargaannya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi sebahagian daripada pentadbiran. Mengumumkan keputusannya melalui satu kenyataan yang dikeluarkan melalui peguamnya, beliau turut merakamkan penghargaannya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi sebahagian daripada pentadbiran.

Datuk Abdul Latif Bandi hari ini mengumumkan peletakan jawatannya selaku Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

Melalui satu kenyataan hari ini, beliau berkata peletakan jawatan tersebut adalah susulan daripada pendakwaan ke atas dirinya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru melibatkan kes dakwaan rasuah RM30 juta.

"Saya dengan ini mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan sebagai Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

"Di kesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat, rakan-rakan Exco, masyarakat Mersing dan NGO-nya, rakyat berbilang kaum serta pihak yang memberi sokongan kepada saya untuk melalui proses perundangan ini dengan seadil-adilnya," katanya memetik kenyataan tersebut.

Mengumumkan keputusannya melalui satu kenyataan yang dikeluarkan melalui peguamnya, beliau turut merakamkan penghargaannya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi sebahagian daripada pentadbiran.

Peguamnya berkata dengan bantuan keluarga dan penyokongnya, Abd Latif hari ini berjaya mengumpulkan wang RM2 juta untuk membayar ikat jamin dan dibebaskan.

Abd Latif, 51 dikenakan jaminan RM2 juta selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Johor Baru semalam atas pertuduhan terlibat dalam rasuah bernilai lebih RM30.3 juta antara tahun 2013 dan tahun lalu.

ADUN Endau itu mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan bersubahat dengan Amir Shariffuddin untuk menerima rasuah tersebut sementara perunding hartanah itu membuat pengakuan sama terhadap 33 pertuduhan menerima rasuah.

Bagaimanapun, sehingga habis waktu pejabat, Abd Latif gagal membayar wang jaminan itu kerana akaun banknya telah dibekukan dan beliau kemudian dihantar ke Penjara Reman Ulu Choh sementara Amir Shariffuddin dibebaskan pada sebelah tengah hari setelah menjelaskan wang jaminannya.

Last modified onKhamis, 20 April 2017 15:54

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.