Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

RUU355: Tak bentang bukan bererti tak sokong

Menurut beliau, ramai pihak keliru dengan keputusan yang diambil kerajaan melalui mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada Rabu yang memutuskan untuk tidak membentang RUU tersebut. Menurut beliau, ramai pihak keliru dengan keputusan yang diambil kerajaan melalui mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada Rabu yang memutuskan untuk tidak membentang RUU tersebut.

Kerajaan menafikan tidak menyokong pindaan RUU355 seperti yang dikatakan banyak pihak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut beliau, ramai pihak keliru dengan keputusan yang diambil kerajaan melalui mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada Rabu yang memutuskan untuk tidak membentang RUU tersebut.

Jelas Asyraf, keputusan tersebut tidak bermakna kerajaan tidak akan menyokong pindaan tersebut sebaliknya hanya meletakkan pindaan tersebut sebagai satu rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh PAS.

"Pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen bermakna versi RUU355 yang dicadangkan PAS akan terbuka kepada perbahasan dalam Dewan Rakyat kelak.

"Apabila dibahaskan terserah kepada proses demokrasi berparlimen untuk membincangkan secara tuntas pro dan kontra setiap aspek dalam pindaan yang dicadangkan.

"Jika ditakdirkan RUU355 ini diterima kelak selepas dibahaskan dengan majoriti mudah (hanya memerlukan kelebihan satu undi ahli dewan berasaskan kehadiran Ahli Parlimen waktu pengundian), maka RUU ini akan berpindah menjadi RUU kerajaan.

"Apabila RUU355 sudah menjadi RUU kerajaan maka prosesnya ialah Kerajaan berhak meneliti kembali aspek-aspek di dalam cadangan awal pindaan yang dibuat PAS samaada untuk meminda bagi tujuan menambah baik atau kekal sebagaimana versi RUU persendirian.

"Setelah Kerajaan meminda dan menambah baik RUU355 ini, maka notis akan diserahkan kembali kepada Parlimen sebagai Bacaan Kali Kedua RUU 355 untuk dibahaskan kali kedua.

"Jika diluluskan barulah akan menjadi Bacaan kali ketiga dan dibawa ke peringkat Dewan Negara pula untuk dibahaskan.

"Justeru tidak timbul Kerajaan menolak Akta 355 ini kerana Akta ini adalah milik kerajaan. Cuma yang membezakan adalah dicadangkan untuk dipinda oleh PAS sebagai rang undang-undang persendirian," jelasnya melalui satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kerajaan BN tetap dengan pendirian dalam usaha untuk memartabatkan institusi mahakmah syariah seperti yang ingin dilaksanakan oleh PAS.

Katanya, kerajaan turut mengadakan perbincangan mengenai perkara berkenaan malah turut menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji Akta 355 tersebut yang mana kali terakhir dipinda pada 1989.

"Sebagai kerajaan yang bertanggung jawab kepada seluruh rakyat yang berbilang agama, perlu mengambil kira semua faktor termasuk aspek yang menjadi polemik dan kekeliruan di kalangan rakyat terhadap cadangan pindaan RUU355 versi PAS.

"Justeru secara peribadi saya tidak melihat adanya masalah jika RUU355 kekal sebagai usul persendirian yang akan dibentangkan PAS. Kerana jika dibahaskan dan dipersetujui kelak, Kerajaan juga yang akan membentangkannya semula ke Parlimen dengan pindaan baru mengikut versi kerajaan," katanya.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.