Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Nik Abduh rasa 'bertuah' dapat tarik perhatian Azmin

Melalui kemaskini status Nik Abduh di Facebooknya, beliau berkata bahawa dirinya bertuah kerana berjaya mendapat perhatian Azmin yang juga Menteri Besar Selangor itu. Melalui kemaskini status Nik Abduh di Facebooknya, beliau berkata bahawa dirinya bertuah kerana berjaya mendapat perhatian Azmin yang juga Menteri Besar Selangor itu.

Disindir Timbalan Presiden PKR baru-baru ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengembalikan 'paku buah keras' terhadap seterunya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Melalui kemaskini status Nik Abduh di Facebooknya, beliau berkata bahawa dirinya bertuah kerana berjaya mendapat perhatian Azmin yang juga Menteri Besar Selangor itu.

"Wah..sinisan saya dapat komentar MBlah, jarang anak Melayu bertuah begini," katanya.

Sebelum ini, Nik Abduh mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyasarkan parti itu untuk mentadbir Selangor pada pilihan raya umum ke-14, selain Kelantan, Terengganu, Kedah serta Perak.

Ulasan beliau itu mendapat perhatian Azmin dengan menyindir Ahli Parlimen Pasir Mas yang baru sahaja mengalami kekalahan teruk dalam pemilihan parti di peringkat kawasan Pengkalan Chepa.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.