Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

PAS tutup pintu rundingan dengan PPBM

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah, keputusan itu dibuat selepas PPBM dengan rasmi mengumumkan penyertaan mereka bersama pakatan pembangkang tersebut. Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah, keputusan itu dibuat selepas PPBM dengan rasmi mengumumkan penyertaan mereka bersama pakatan pembangkang tersebut.

Susulan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama Pakatan Harapan, PAS kini menutup terus pintu rundingan parti tersebut.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah, keputusan itu dibuat selepas PPBM dengan rasmi mengumumkan penyertaan mereka bersama pakatan pembangkang tersebut.

"PAS tutup terus pintu rundingan. Apa juga rundingan sebelum ini dianggap terbatal," katanya.

PPBM kini menjadi parti komponen PH bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang dijangka akan diadakan pada akhir tahun ini.

Ia diumumkan dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng dan Mat Sabu.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.