Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Kerajaan sedang teliti kehendak Korea Utara -PM

Malah jelas beliau, negara akan mengambil tindakan yang tegas dan salah satu keputusan tersebut telah dicapai melalui mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan pada Selasa. Malah jelas beliau, negara akan mengambil tindakan yang tegas dan salah satu keputusan tersebut telah dicapai melalui mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan pada Selasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kerajaan akan melakukan segala yang wajar bagi memastikan rakyat Malaysia di Korea Utara berada dalam keadaan selamat dan dapat kembali ke negara.

Malah jelas beliau, negara akan mengambil tindakan yang tegas dan salah satu keputusan tersebut telah dicapai melalui mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan pada Selasa.

"Semalam, mesyuarat Majlis Keselamatan Negara telah mengekalkan keputusan untuk tidak membenarkan rakyat Korea Utara untuk meninggalkan Malaysia.

"Ini adalah isu yang sensitif. Oleh itu, kerajaan akan mengambil pendekatan memastikan segala rundingan dan perbincangan dilakukan secara rahsia. Apa yang saya boleh maklumkan ketika ini adalah kerajaan sedang mengenal pasti dan meneliti kehendak sebenar Korea Utara dalam menahan rakyat kita," katanya melalui catatan beliau di laman blog NajibRazak.com

Dalam perkembangan yang sama, Najib juga berkata bahawa setakat hari ini, hubungan diplomatik yang terjalin antara Korea Utara dan Malaysia tidak diputuskan memandangkan adanya keperluan untuk terus berhubung bagi menyelesaikan masalah ini.

"Malaysia akan terus memantau perkembangan sebelum mempertimbangkan untuk membangkitkan isu ini kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu."

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.