Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Bantah RUU355, MCA terdesak raih sokongan Cina - PERKASA

Tindakan MCA yang terus menentang Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355) adalah sama dan senada dengan DAP kata Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam PERKASA, Dr. Amini Amir Abdullah berkata kenyataan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan seolah-olah menghina kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“PERKASA menganggap tindakan MCA dan DAP itu sebagai biadap dan kurang ajar kerana mengganggu aspirasi dan kehendak umat Islam dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Dr. Amini, beliau hairan dengan tindakan MCA yang terus menyuarakan bastahan sedangkan RUU355 berkenaan langsung tidak menyentuh atau melibatkan orang bukan Islam.

Malah katanya 'serangan' berterusan daripada parti komponen Barisan Nasional itu dilihat cuba mempolitikkan isu berkenaan bagi meraih undi orang Cina.

“Apakah sebabnya MCA dan DAP seia sekata dan sehati sejiwa dalam membantah keras RUU355? Mesti ada sebabnya. Mereka cuba menjadi juara dalam kalangan orang orang Cina dalam usaha meraih undi menjelang PRU14 nanti.

“PERKASA sekali lagi memberi amaran sekeras kerasnya kepada MCA dan DAP agar tidak mempolitikkan isu ini untuk kepentingan politik mereka.

“PERKASA berpandangan bahawa MCA sudah habis modal politik untuk meraih undi pengundi pengundi Cina dalam PRU 14 yang bakal mendatang,” ujarnya.

Susulan daripada itu, Dr. Amini mengingatkan MCA supaya tidak mencampuri urusan umat Islam sekiranya tidak mahu menerima padah jika terus berdegil.

Last modified onRabu, 11 Januari 2017 20:26

1 comment

  • BURHANUDDIN BIN RUSLAN
    BURHANUDDIN BIN RUSLAN Rabu, 11 Januari 2017 19:50 Comment Link

    KENYATAAN MEDIA KETUA WIRA PERKASA KELANTAN
    09 JANUARI 2017 bersamaan 10 RABIUL AKHIR 1438H

    SIAPA MCA UNTUK MENGHALANG HIMPUNAN RUU355?

    Keharmonian dan keutuhan di antara kaum adalah diatas persefahaman dan kesedaran kaum-kaum cina mahupun india dan di terima sebagai warganegara Tanah Melayu dengan sesungguhnya telah berjanji untuk menghormati kedudukan Islam sebagai agama negara di Persekutuan Tanah Melayu.
    Sungguhpun demikian kenyataan yang bersifat ‘biadap’ oleh Presiden MCA yang dipimpin oleh YB Dato’ Seri Liow Tiong Lai telah mula berani menentang secara terbuka kepada Institusi Islam berkaitan RUU355. Dalam isu RUU 355,Presiden MCA tidak bersetuju Himpunan Mega RUU 355 yang akan diadakan pada 18 Feb 2017 di Dataran Merdeka adalah bersifat memecah belahkan kaum. Wira Perkasa Kelantan mengingatkan sekali lagi jangan sesekali menyentuh,mempertikaikan soal agama kami dan jangan menjadi jaguh untuk kepentingan sendiri.
    INI SOAL AGAMA ISLAM!!
    SIAPA KAMU!!!
    SIAPA MCA!!!
    Siapa kamu untuk bercakap tentang agama islam??
    Siapa kamu yang tidak bersetuju dengan Himpunan Mega RUU 355 dengan membantah sekerasnya perlaksanaan ini??
    Kami menghormati kamu seperti mana kami menghormati orang yang lebih tua dari kami.

    Justeru,saya sebagai Ketua Wira Perkasa Kelantan mengandaikan bahawa kenyataan tidak setuju ini seolah-olah menentang usul pindaan kepada RUU 355.Saya mendesak agar YB Dato’ Seri menarik semula dan memohon maaf kepada umat Islam atas kenyataan penentangan terhadap RUU 355.
    Jika YB Dato’Seri gagal untuk melaksanakan permohonan maaf maka kami daripada Wira Perkasa Kelantan serta Wira Perkasa Malaysia mengistiharkan bahawa kawasan Parlimen Bentong dan YB Dato’Seri adalah musuh umat Islam dan kami akan berkempen bagi memastikan dalam PRU-14 nanti pengundi-pegundi Islam melayu di Bentong tidak memberi satu undi pun kepada penentang agama islam.Tidak cukup dengan itu kami akan tampilkan calon ‘Barisan Bebas Perkasa’ untuk bertanding di parlimen Bentong yang mana majoritnya adalah pengundi melayu islam.

    Adakah YB Dato’Seri telah lupa bahawa di PRU-13 kaum melayu islam lah yang mengangkat dan memberi undi kepada YB Dato’Seri dan menjadi Ahli Dewan Rakyat.Di harapkan agar YB Dato’Seri boleh menghormati kedudukan agama Islam dan juga sensitiviti umat Islam dan buangkan lah sikap ‘kurang ajar’ supaya kita semua memahami peranan agama masing-masing dan dapat memupuk kesejahteraan beragama.
    ‘PRIBUMI PERKASA NEGARA’
    ‘PERKASA PAYUNG NEGARA’
    ‘PERKASA TAMING SARI BANGSA’


    SDR.BURHANUDDIN BIN RUSLAN a.k.a BoB
    KETUA WIRA PERKASA NEGERI KELANTAN merangkap
    EXCO WIRA PERKASA MALAYSIA
    PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.