Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Tun M perlu ada 'locus standi' untuk saman Najib, kata Nur Jazlan

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai locus standi untuk menyaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan apa yang dilakukannya ini hanyalah gimik politik, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Timbalan menteri dalam negeri itu ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini berkata, sekiranya Mahathir menyaman Najib atas status rakyat biasa maka beliau tidak mempunyai locus standi.

"Yang boleh saman adalah orang yang teraniaya. Apa yang beliau lakukan ini sebagai gimik politik, hendak mendapatkan publisiti sahaja.

"Jika dalam sistem mahkamah pun beliau tiada locus standi kerana jumlah RM2.6 bilion bukan berkenaan dengan beliau. Ini hanya publisiti untuk membangkitkan kemarahan," kata Nur Jazlan lagi.

Mantan perdana menteri itu menyaman Najib atas dakwaan kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam.

Turut bersama Mahathir dalam saman itu bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Menurut laporan Malaysiakini, Najib merupakan defendan tunggal dalam tuntutan yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam saman tersebut, mereka mendakwa Najib sebagai Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO telah menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

Last modified onRabu, 23 Mac 2016 13:21

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.