Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Tun Mahathir saman Najib RM2.6 bilion

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas dakwaan kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam.

Turut bersama Tun Mahathir dalam saman itu bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Menurut laporan Malaysiakini, Najib merupakan defendan tunggal dalam tuntutan yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam saman tersebut, mereka mendakwa Najib sebagai Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO telah menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

Mereka juga memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.

Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

Pegawai kepada Tun Mahathir, Sufi Yusof ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

 

Last modified onSabtu, 26 Mac 2016 12:35

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.