Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Najib lancar 'Deklarasi Rakyat' tulen

Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (PJPB) menyasarkan dalam tempoh tiga tahun untuk memberi peluang kepada 150,000 lepasan SPM dan STPM,mengubah kehidupan mereka dengan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (PJPB) menyasarkan dalam tempoh tiga tahun untuk memberi peluang kepada 150,000 lepasan SPM dan STPM,mengubah kehidupan mereka dengan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan tindakan sesetengah pihak yang hendak berdemontrasi kononnya demi kepentingan rakyat.

Kata Najib, Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (PJPB) yang memberi peluang kedua kepada rakyat miskin yang berpotensi untuk melanjutkan pelajaran adalah 'Deklarasi Rakyat' yang tulen dan bukan seperti yang dibuat oleh pihak tertentu.

"Sebab itu kita jangan terbawa-bawa, berkokok sana berkokok sini hendak berdemonstrasi. Hendak buat deklarasi buat apa?

"Inilah deklarasi rakyat yang tulen... deklarasi yang bermakna. Kita tidak buat deklarasi atas kertas. Kita buat program yang boleh mengubah destini anak bangsa kita," katanya ketika melancarkan PJPB 2016 di SK Bandar Baru Kuala Selangor di sini.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dengan pembangkang sebelum ini mengadakan 'Deklarasi Rakyat'untuk menjatuhkan Najib.

Menurut Najib, PJPB menyasarkan dalam tempoh tiga tahun untuk memberi peluang kepada 150,000 lepasan SPM dan STPM,mengubah kehidupan mereka dengan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Tegasnya, matlamat perjuangan kerajaan bukanlah untuk mengejar kuasa sebaliknya kuasa tersebut digunakan untuk melakukan sesuatu yang terbaik untuk rakyat.

"Matlamat kita bukan mengejar kuasa tetapi kuasa sebagai alat sahaja.

"Dan matlamat ini bukanlah kuasa itu tetapi matlamat kesudahannya ialah bagaimana melalui kuasa yang ada pada tangan kita, kita boleh melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia," ujarnya.

Last modified onSelasa, 22 Mac 2016 19:29

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.