Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

PRN Sarawak, DAP hanya bawa isu-isu KL

Kami tidak menuntut Chong meninggalkan DAP atau memutuskan hubungan dengan DAP Pulau Pinang atau DAP pusat hanya kerana kontroversi ‘pembelian rumah besar di bawah harga pasaran' itu yang membabit Lim di Pulau Pinang - Peter Minos Kami tidak menuntut Chong meninggalkan DAP atau memutuskan hubungan dengan DAP Pulau Pinang atau DAP pusat hanya kerana kontroversi ‘pembelian rumah besar di bawah harga pasaran' itu yang membabit Lim di Pulau Pinang - Peter Minos

DAP Sarawak berada dalam keadaan terdesak untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak apabila terpaksa membawa isu-isu Kuala Lumpur sebagai bahan kempen dalam pilhan raya itu.

Ketua Penerangan Parti Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Peter Minos berkata DAP Sarawak sehingga kini gagal untuk membukti kerajaan Barisan Nasional Sarawak tidak dapat menguruskan kerajaan negeri dengan baik.

“Ambil contoh rumah panjang, jika tuan rumahnya (ketuanya) membuat kesilapan atau melanggar undang-undang, adalah tidak betul atau adil untuk menyalahkan semua orang di rumah panjang itu atau menghalau mereka keluar," kata Minos seperti dilapor Malaysiakini.

Beliau berkata demikian kesal dengan tindakan DAP Sarawak yang mengaitkan kerajaan negeri dengan skandal Putrajaya, seperti 1MDB.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dalam satu kenyataan berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjadi bahan utama ‘kempen’ pembangkang dalam pilihan raya negeri akan datang kerana skandal 1MDB dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Tegas Minos, isu yang dibawa merupakan isu-isu Kuala Lumpur dan tidak seharusnya mengaitkan dengan BN Sarawak seperti mana dalam kontroversi pembelian rumah banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Kami tidak menuntut Chong meninggalkan DAP atau memutuskan hubungan dengan DAP Pulau Pinang atau DAP pusat hanya kerana kontroversi ‘pembelian rumah besar di bawah harga pasaran' itu yang membabit Lim di Pulau Pinang,” katanya.

Lim membeli rumah banglo di George Town itu tahun lepas di bawah harga pasaran iaitu pada sekitar harga RM6 jua, iaitu pada harga RM2.8 juta.

Last modified onSelasa, 22 Mac 2016 19:36

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.