Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Amanah sedia kerjasama tetapi PAS anggap pengkhianat - Salahuddin Ayub

Daripada awal Amanah ditubuhkan, kita telah buka pintu kita untuk semua orang berbincang, kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub Daripada awal Amanah ditubuhkan, kita telah buka pintu kita untuk semua orang berbincang, kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub

Parti Amanah Negara sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk dengan blok politik ketiga, PAS-Ikatan sejak awal penubuhannya lagi kata Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub.

Bagaimanapun kata Salahuddin, bekas partinya itu sehingga hari ini masih menganggap mereka yang menubuhkan Amanah sebagai pengkhianat dan enggan menjalinkan sebarang hubungan.

“Daripada awal Amanah ditubuhkan, kita telah buka pintu kita untuk semua orang berbincang. Kalau boleh kita mahu satu lawan satu (bila pilihan raya).

“Tetapi PAS tetap mengatakan kita pengkhianat, kita ini tak boleh dilayan, kita ini parti serpihan, tak panjang umur, itu mereka.

“Tetapi Amanah sampai tahap pada hari ini kita buka pintu kita demi kebaikan rakyat dan negara,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantah Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 di Istana Negara di sini pada Sabtu.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.